My WishList

My leader advice me to jot down a wishlist, eventho' modal tak dapat lagi, takpe...buat je wishlist tu.

Sebenarnya, banyak wishlist aku ni. Sebab tu aku nak join business PB ni. Aku nak dapat extra income 4-5 angka untuk fullfil semua wishlist aku ni. Ok, sebagai permulaan, jika aku dapat bonus yang pertama, benda pertama yang aku nak buat adalah:

1. Bayar hutang Akikah anakku - 2 ekor kambing akikah anakku setahun yang lepas didahulukan pembayarannya oleh ayah mertuaku. segan sey, setahun lebih dah umur anak tak terbayar lagi! kambing ooohhh kibas...


2. SAMSUNG GALAXY TAB - dah lama aku idamkan smart phone atau android phone. tapi gaji sebulan pun bajet-bajet je nak belanja, nak dapatkan smart phone apatah lagi. Insya-Allah kali ni ada caranya, aku akan usaha! Samsung Galaxy Tab, u'll be mine soon!


3. Lunaskan hutan PTPTN - adoyaiiii byk lagi hutang tertunggak yang lain. tapi aku nak utamakan loan PTPTN dulu! Kasi lunas!!!!!!

4. Pergi Haji dan Umrah - setakat duit gaji sedia ada ni, memang minimum sangatlah saving aku. entah bila nak sampai Makkah. Mudah-mudahan dengan usaha aku kali ini, dapat aku saving untuk buat haji & umrah. boleh pegi bersama husband, anak-anak & parents. Insya-Allah...


5. Buat Saving untuk Tabung Maid - hahahahha cam lawak pun ada. tapi bila dapat bonus nanti aku nak menabung untuk Tabung Maid. Seperate akaun untuk aku simpan duit ambik orang gaji jaga anak aku. Senang sikit aku nak ligat carik customer/business partner business ku ini!

2 comments:

marvicn.com 22 June 2011 at 20:31  

aku doakan ko dpt achieve semua wishlist ko mi.. paling best pasal hutang ptptn..aku main potong gaji jak tiap2 bulan...harap2 lunas sebelum aku pencen..hahaha

Mimi Majidi 27 June 2011 at 20:55  

thanks Maria! sama-samalah kita tok mencari rezeki dengan cara masing-masing huhuhuhu mudah-mudahan semua hutang kita lunas sebelum kita pencen! btw, mun mauk beli korset PB boleh beli dengan aku...aku accept monthly installment!

Post a Comment