My WishList

My leader advice me to jot down a wishlist, eventho' modal tak dapat lagi, takpe...buat je wishlist tu.

Sebenarnya, banyak wishlist aku ni. Sebab tu aku nak join business PB ni. Aku nak dapat extra income 4-5 angka untuk fullfil semua wishlist aku ni. Ok, sebagai permulaan, jika aku dapat bonus yang pertama, benda pertama yang aku nak buat adalah:

1. Bayar hutang Akikah anakku - 2 ekor kambing akikah anakku setahun yang lepas didahulukan pembayarannya oleh ayah mertuaku. segan sey, setahun lebih dah umur anak tak terbayar lagi! kambing ooohhh kibas...


2. SAMSUNG GALAXY TAB - dah lama aku idamkan smart phone atau android phone. tapi gaji sebulan pun bajet-bajet je nak belanja, nak dapatkan smart phone apatah lagi. Insya-Allah kali ni ada caranya, aku akan usaha! Samsung Galaxy Tab, u'll be mine soon!


3. Lunaskan hutan PTPTN - adoyaiiii byk lagi hutang tertunggak yang lain. tapi aku nak utamakan loan PTPTN dulu! Kasi lunas!!!!!!

4. Pergi Haji dan Umrah - setakat duit gaji sedia ada ni, memang minimum sangatlah saving aku. entah bila nak sampai Makkah. Mudah-mudahan dengan usaha aku kali ini, dapat aku saving untuk buat haji & umrah. boleh pegi bersama husband, anak-anak & parents. Insya-Allah...


5. Buat Saving untuk Tabung Maid - hahahahha cam lawak pun ada. tapi bila dapat bonus nanti aku nak menabung untuk Tabung Maid. Seperate akaun untuk aku simpan duit ambik orang gaji jaga anak aku. Senang sikit aku nak ligat carik customer/business partner business ku ini!

Movie Theraphy

Entry kali ni nak cerita pasal aktiviti hujung minggu my hubby & me. Sudah lama dah tak buat, since dah ada anak ni... MOVIE TIME! Semenjak dah ada baby ni, tengok movie pun kat rumah jek. but for certain or selected movies, wajib tonton di panggung wayang. Antaranya adalah Pirates of The Caribbean!

Sequal Pirates of The Caribbean memang tak pernah miss! semua tengok kat panggung, kalau ada ulangan kat astro/tv biasa pun tengok jugak. Memang minat lah! Pirates of the caribbean memang tak pernah menghampakan! semua sequal dia best meletop! Tapi kali ni kite org tengok 3D. Double the satisfaction!

Dari mula tengok Pirates of The Caribbean-The Curse of The Black Pearl sampailah On The Stranger Tides ni takde yang tak best! Semua best!

Sebelum movie start sempat lagi ambik gambar...inilah Movie Theraphy!

Dugaan Dalam Menjalankan Business

Apabila nak memulakan sesuatu, pastinya kita akan berhadapan dengan masalah. Baru nak start business tapi bila nak buat loan, tersekat pulak sebab nama di blakclist dek gara-gara credit card yang dah dilunaskan hutangnya dan di cancel. Tetapi disebabkan semasa mencancelkan kad tersebut, pada masa tu ada caj yang bank tak caj kat kad tu. Sudahnya, caj tu menjadi unpaid balance sampai la time nak buat loan ni baru tau...kita ada wanted account kat dalam list Bank Negara. Adoyai....ini macam pun ada ke. dah le outstanding balance tu RM270 jek...

Nak ikutkan memang saya marah. Marah dengan Bank tu! dah lah bila dah bayar ambik masa berhari-hari pulak nak clear balik nama kita. nak buat cam mana, sabar je lah. kalau sudah rezeki tak kan ke mana kan? asalkan kita tak berputus asa dan berusaha sedaya upaya. Mudah-mudahan lepas ni selesai la masalah ni dan dipermudahkan segalanya demi mencari rezeki lebih untuk keluargaku.

Business tak start lagi tapi wishlist dah berlambak!!! hahahahaha macam mana tu? tak pe...motivation tu! Mama buat ni demimu anakku, I want you to get the best of everything!

                                   Anak mama yang comel, Aryan....

Mukadimah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Salam dihulur pembuka bicara,
Sirih dihulur tanda budaya,
Blog dirasmi sebagai pemudah cara,
Alat penghubung di alam maya.

Seantero Malaysia sudah tahu akan kewujudan dan keberkesanannya. Apakah dia? Itulah PB. Apa bendo pulak PB tu? PB tu sama dengan PREMIUM BEAUTIFUL. Sesiapa nak badan cantik macam Saloma zaman dulu-dulu kena la pakai PB ni.... Maka dengan itu, saya pun terjebak sekali dengan dunia blogging ni. Awat la kaitan blog dengan PB? Haaaa...ini yang saya nak cerita ni. Blog ni saya buat khas untuk mempromosikan business yang akan saya lancarkan tak lama lagi. Business PB la...



Orang kata PB tu mahal? Alah membeli menang memakai Kak Tipah oi.... Saya ni pemakai PB. Saya pakai 5 bulan dulu corset PB ni nak tengok keberkesanannya... memang berkesan....tak payah nak tahan lapar kalau nak diet....PB ni dah tolong bagi kenyang. Jadi nye kita makan apa yang perut kita perlu jek. Bila saya dah puas hati dengan PB ni...baru saya decide nak buat business. Aim saya memakai PB ni bukan saya nak turunkan berat badan tapi nak sihat, nak elak dari Kanser Payudara & Kanser Rahim jugak. Saya memang puas hati bila memakai PB ni...keyakinan pun bertambah. Anda bila lagi? Tunggu entry seterusnya ye, bila saya start business saya ni banyak cara pembayaran boleh dilakukan. Nak tau macam mana? Ikuti entry seterusnya.... Bila dah baca nanti dan berminat jadilah BUSINESS PARTNER saya yang pertama ye....sebab PB ni bukan je bagi badan cantik tapi boleh jana income 4-5 angka tau!!!